Thursday, October 18, 2018

Our little boy



Start 21/09/2018 aku da kena warded sbb leaking air ketuban. Doc decide untuk injection dexxa sbgai langkah berjaga sekiranya bersalin awal. Fungsi dexxa untk matangkan paru2 baby dlm kandungan. 1st dos jam 11.50 pagi. 2nd dos jam 11.50 mlm. Slps 12 jam dos pertama. Sakit ya amat sgt. Kena stay dlm 15 minit bru boleh gerak.

Hampir 10 hari duk bermastautin di hospital. Sampai semua nurse & doc da kenal la. Ada yg tertanya-tanya lama lagi ke kena warded. Awal2 warded tu lagi kelakar. Dlm 2 or 3 nurse tanya mengandung ke da bersalin. Sbb perut kecik je 😂

01/10/2018 adalah tarikh penentuan. Jam 6:30 pagi doc masukkan pil induce. Taim tu bukaan da 1 cm. Slpas 1 jam sakit contraction kuat dtg. Tgn da genggam kepala katil. Mulut beristighfar tak henti. Meraung jgk la. Doc cek bukaan baru 2 cm. Tapi sakit macam nak bersalin da. Last2 ubat tahan sakit penyelamat. Baru dpt lena rehatkn bdn. Mlm tu bukaan da 3cm.

Keesokannya, 02/10/2018. Doc cek bukaan jam 6.30 pagi da 4 cm. Dlm jam 9 pagi sakit contraction makin kerap. Doc cek bukaan lagi masih 4 cm. Amik lgi ubat tahan sakit. Tapi kali ini sakit tak berkurang malah makin kuat. Selang 10 minit doc cek bukaan da 6 cm. Terus hantar ke labour room. Call cik hubby untk standby brg baby di ruang menunggu. Masuk labour room bukaan da 9 cm. Rasa sakit tu mmg da tak tahan. Rasa nak teran je. Bidan kata kalau mama pandai teran boleh teruskan. Sbb bukaan da hampir full. Kali ni memang teran bersungguh sepenuh tenaga. Sakit tekak menjerit. 

Alhamdulillah, tepat jam 10.10 pagi lahirnya Ahmad Aniq Hadif berat 2.01 kg 😍. Hilang semua rasa bila baby sihat & selamat.

Bersambung...cerita belum habis lagi tau. Tunggu 👐

Sunday, September 16, 2018

Join Bisnes


Hai korang 😍

Nmpk tak header bru blog I tu? Hasil usaha cik hubby tau.

Aku join bisnes baby food. Sbb utama ofkos la untk tmbh pndptn keluarga. Tahun ni mmg agk struggle. Aku tamat kontrak tmpt keje lama. Bermula episod mencari kerja. Da dpt 1 tempat keje dkt area rumah tpi tak lme sbb kesihatan yg tak stabil masa tu. Hampir sebulan menganggur, pasan stokis mamayad buat iklan untk cari agen. Lepas bincang dgn cik hubby, aku tanpa ragu2 join team IK. Wlaupn aku ni takde pglmn bab2 selling. Bak kata cik hubby tak cbe tak tau kan.

Lepas join, aku dpt byk info ttg baby food. Masa anak first blum dpt pendedahan. Maafkn mama yerk syg. Ank da umur 3 tahun baru dpt rse. Alhamdulillah ank da mkn mcm2 still boleh accept. Terubat ckit hati mama. Da 5 botol cookies rembat stok mama. Ni nk masuk ank second, aku nk cbe yg sebaik bole untk jaga pemakanan ank betul2 lepas ni.

Alhamdulillah da masuk 2 bln aku berbisnes. Aku dikategorikan di antara list yg top team & Hq. Doakan aku terus success. Aku nk lebih lgi pe yg dpt skrg. Inshaallah..Aamiin 



Sales Julai RM 886
First month agen IK
List no.3 team
List no.8 Hq



Sales Ogos RM 5312
Up level leader IK
List no.2 team
List no.4 Hq


Saturday, September 15, 2018

My new diaries


For the 1st taim, aku ada diari tetap ttg hidup aku. Ye laa...sblm ni just main conteng2 dlm buku or planner je. Aku buat blog ni pun atas nasihat cik hubby. Katenya sbgai salah satu platform naikkn bisnes part taim aku. Inshaallah akn jadi bisnes full taim pada masa akan dtg 😉

Meh la aku kenalkn diri dulu. Tak de lah korang yg view blog aku duk terpinga-pinga sgt kan. Sape la waida tu? Femes ke? Sikit laaa 

Nama penuh aku Maz Harawaida binti Hashim. Umur 29 tahun. Da berkahwin. Ank seorang & bakal sambut yg ke-2 bln 11. Doa yg baik-baik tau korang. Ank yg 1st perempuan @ kakak diberi nme Puteri Aimy Humaira binti Ahmad Syakir. Nama puteri bknnya sbb keturunan ank diraja, ni sbbnya cik hubby duk berkenan dari si kakak dlm perut lgi. Aku on je laa. Dlm perjanjian kami nme ank dia yg pilih. Yg ke-2 tu nnti laa nak bgi korang suprise sikit. Skrg duk shah alam. Keje PSH kt opis cik hubby. PSH tu keje gaji hari. Rezeki sblm cuti bersalin. Dari aku duk sje je kn kt umh. Dlm masa yg sama aku wat part taim bisnes. Mcm aku mention kt atas tu. Untk tmbh income keluarga. Bantu cik hubby. The main point is cover montly commitment @ hutangg.

So, rsenya setakat ni dlu la kot. Tak leh la nk cite lbih2 sgt. Takot korang plak bosan. Tggu next post dari I 😍