Thursday, October 18, 2018
Our little boy
Start 21/09/2018 aku da kena warded sbb leaking air ketuban. Doc decide untuk injection dexxa sbgai langkah berjaga sekiranya bersalin awal. Fungsi dexxa untk matangkan paru2 baby dlm kandungan. 1st dos jam 11.50 pagi. 2nd dos jam 11.50 mlm. Slps 12 jam dos pertama. Sakit ya amat sgt. Kena stay dlm 15 minit bru boleh gerak.
Hampir 10 hari duk bermastautin di hospital. Sampai semua nurse & doc da kenal la. Ada yg tertanya-tanya lama lagi ke kena warded. Awal2 warded tu lagi kelakar. Dlm 2 or 3 nurse tanya mengandung ke da bersalin. Sbb perut kecik je 😂
01/10/2018 adalah tarikh penentuan. Jam 6:30 pagi doc masukkan pil induce. Taim tu bukaan da 1 cm. Slpas 1 jam sakit contraction kuat dtg. Tgn da genggam kepala katil. Mulut beristighfar tak henti. Meraung jgk la. Doc cek bukaan baru 2 cm. Tapi sakit macam nak bersalin da. Last2 ubat tahan sakit penyelamat. Baru dpt lena rehatkn bdn. Mlm tu bukaan da 3cm.
Keesokannya, 02/10/2018. Doc cek bukaan jam 6.30 pagi da 4 cm. Dlm jam 9 pagi sakit contraction makin kerap. Doc cek bukaan lagi masih 4 cm. Amik lgi ubat tahan sakit. Tapi kali ini sakit tak berkurang malah makin kuat. Selang 10 minit doc cek bukaan da 6 cm. Terus hantar ke labour room. Call cik hubby untk standby brg baby di ruang menunggu. Masuk labour room bukaan da 9 cm. Rasa sakit tu mmg da tak tahan. Rasa nak teran je. Bidan kata kalau mama pandai teran boleh teruskan. Sbb bukaan da hampir full. Kali ni memang teran bersungguh sepenuh tenaga. Sakit tekak menjerit.
Alhamdulillah, tepat jam 10.10 pagi lahirnya Ahmad Aniq Hadif berat 2.01 kg 😍. Hilang semua rasa bila baby sihat & selamat.
Bersambung...cerita belum habis lagi tau. Tunggu 👐
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment